Page 27 - KarnivaBahasaMiniJPMIPGMKPI
P. 27
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU RAKYAT KARNIVAL MINI
BAHASA MELAYU PERINGKAT IPGM KPI TAHUN 2024
1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat merupakan satu acara dalam
Karnival Mini Bahasa Melayu Peringkat IPGM KPI Tahun 2024.
1.2 Objektif pertandingan ini adalah untuk menghargai seni dan budaya
tempatan. Melalui pertandingan ini, para pelajar dapat menghayati
melodi, lirik, mahupun kehalusan muzik tempatan.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Syarat Umum
2.1.1 Terbuka kepada semua pelajar IPGMKPI tanpa mengira
bidang pengkhususan.
2.1.2 Setiap kelas dikehendaki menghantar satu (1) penyertaan.
2.2 Syarat Khusus
2.2.1 Pasukan perlulah terdiri daripada lapan (8) hingga dua belas
(12) orang peserta sahaja.
2.2.2 Persembahan adalah berdurasi tidak melebihi enam (6) minit.
2.2.3 Tema lagu yang dinyanyikan haruslah berunsurkan genre lagu
rakyat tempatan.
2.2.4 Peserta bebas untuk memilih lagu yang akan dipersembahkan
tetapi terikat dengan syarat-syarat pertandingan pada peringkat
awal dan syarat-syarat pertandingan peringkat akhir yang
digariskan.
2.2.5 Lirik dan melodi lagu rakyat yang diubah suai kepada
penyusunan yang baharu adalah sangat digalakkan dan
dibenarkan.
Nyanyian Lagu Rakyat_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa