Page 23 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 23
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR KARNIVAL
MINI BAHASA MELAYU PERINGKAT IPGM KPI
TAHUN 2024
1.0 PENGENALAN
1.1 Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan
masyarakat Melayu lama yang terus hidup dan berperanan dalam
masyarakat semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita
dan pengajaran. Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu
hasil sastera berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat
bantu puitis yang seirama dengan isi bacaan.
1.2 Pertandingan Dendangan Syair memberikan ruang dan pendedahan
kepada pelajar IPGM KPI untuk mengetengahkan bakat mereka dalam
bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati
diri bangsa.
1.3 Pertandingan ini juga bertujuan memupuk minat dan kecintaan terhadap
bahasa dan sastera Melayu, khususnya syair selaras dengan hasrat
memartabatkan Bahasa Melayu.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Syarat umum
2.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM K P I
tanpa mengira bidang pengkhususan pengajian.
2.2 Perincian pertandingan adalah seperti berikut:
2.2.1 Pemilihan Syair: Syair yang didendangkan perlu dipilih daripada
senarai di bawah;
Dendangan Syair_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa