Page 20 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 20
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan peringkat dilaksanakan secara rakaman.
5.2 Peserta perlu menghantar video berdurasi tidak melebihi lima (5) minit
mengikut kriteria pemarkahan yang ditetapkan.
6.0 KAEDAH PENYERTAAN
6.1 Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan di bawah dengan
melengkapkan butiran diri dan menyertakan maklumat pautan YouTube
bagi video pidato yang berdurasi tidak melebihi lima minit.
https://forms.gle/j2Hxr2Mc23R9utGcA
6.2 Syarat video:
6.2.1 Video mestilah dalam bentuk MP4 dan dirakam secara
melintang (landscape) bagi mengelakkan saiz video menjadi
terlalu kecil apabila dimuat naik.
6.2.2 Wajah peserta perlu kelihatan jelas (tidak terlindung). Elakkan
penggunaan zum dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out)
semasa rakaman bagi memastikan kelancaran persembahan
peserta. Rakaman hendaklah merangkumi keseluruhan badan,
dari kepala hingga kaki.
6.2.3 Pencahayaan latar video mestilah mencukupi dan tidak gelap.
6.2.4 Audio rakaman hendaklah jelas dan bebas dari gangguan bunyi
persekitaran seperti bunyi kipas, kenderaan dan sebagainya.
6.2.5 Rakaman tidak dibenarkan melalui sebarang proses suntingan,
sama ada suntingan audio atau video atau kedua-duanya.
6.2.6 Video yang telah siap dirakam perlu dimuat naik ke Youtube
Pidato_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa