Page 15 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 15
5.6 Larangan
5.6.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan
menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Pemantun juga
dilarang menampilkan tingkah laku yang menyentuh sensitiviti
orang lain dan bahasa kasar yang bertentangan dengan etika
seseorang pemantun berhemah.
5.6.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan
isi pantun adalah dilarang sama sekali.
5.6.3 Unsur provokasi dan prejudis yang menyentuh pelbagai pihak
dalam pertandingan atau di luar pertandingan juga dilarang sama
sekali.
5.6.4 Penggunaan perkataan yang membawa konotasi negatif dan
menghina seseorang daripada aspek fizikal, warna kulit, rupa
paras, keturunan, agama dan jantina juga dilarang.
5.6.5 Sepanjang pertandingan berlangsung pasukan pantun tidak
dibenarkan meminta atau menerima bantuan daripada pihak
luar dalam bentuk tunjuk ajar, kad isi atau paparan visual.
Sekiranya ada unsur tersebut pasukan yang terlibat akan
dibatalkan penyertaaan.
5.6.6 Setiap peserta perlu patuh pada setiap masa tidak menyentuh
isu 3R semasa di dalam pertandingan.
6.0 KAEDAH PENYERTAAN
6.1 Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh didapati
melalui pautan yang diberikan
https://forms.gle/1riNkGoA3gQ1fCFB7
Citra Pantun Melayu_Karnival Bahasa Melayu Mini IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa