Page 13 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 13
5.1.3 Pusingan kedua dijalankan berdasarkan pilihan tema yang
dipilih semasa giliran berlangsung (ketika pertandingan) dan
masih menggunakan pen & kertas.
5.1.4 Pusingan ketiga merupakan pusingan tanpa pen dan kertas
berdasarkan cabutan tema ketika pertandingan, tema akan
diberikan awal semasa taklimat pertandingan.
5.1.5 Pusingan terakhir merupakan pusingan keempat pantun berkait
yang menggunakan pen & kertas. Pusingan ini melibatkan
semua peserta. Juri akan membacakan serangkap pantun untuk
pusingan ini.
5.1.6 Pemantun pertama pasukan pedagang membina dan melafaz
pantun berkait berdasarkan pantun juri. (Rujuk Rajah 1).
5.2 Masa Berdagang & Membeli Pantun
5.2.1 Tempoh 20 saat masa berdagang dan 90 saat masa membeli
pantun.
5.2.2 60 saat diberi pada pusingan keempat.
5.2.3 Ketika membeli, wazir masa akan membunyikan loceng sekali
menandakan ada 20 saat berbaki masa dan loceng akan
dibunyikan sebanyak 2 kali menandakan masa telah tamat.
5.3 Busana & Pengenalan Pasukan
5.3.1 Bagi pertandingan busana dan pengenalan pasukan terbaik
akan melibatkan lapan pasukan yang mara ke pusingan
seterusnya.
5.3.2 Pasukan yang terlibat perlu mempersembahkan konsep budaya
Melayu dan mengutamakan elemen seni persuratan Melayu
serta gabungan lagu rakyat yang meletakkan kreativiti serta
inovasi semasa menyampaikan persembahan.
5.3.3 Busana juga akan diambil kira dan dinilai untuk kategori busana
terbaik.
Citra Pantun Melayu_Karnival Bahasa Melayu Mini IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa