Page 14 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 14
5.3.4 Busana pemantun hendaklah sopan dan sesuai dengan
pertandingan.
5.3.5 Tertib pemakaian perlu diutamakan. Elemen tradisonal busana
perlu diberi perhatian.
5.4 Keputusan
5.4.1 Ketua JAUHARI akan mengumumkan pasukan yang menang
dan pemantun terbaik serta membentangkan ulasan dan alasan
bagi keputusan tersebut.
5.4.2 Keputusan Panel Jauhari muktamad dan markah-markah yang
dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang
bantahan tidak akan dilayan.
5.4.3 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai
pemenang. Walau bagaimanapun juri-juri mesti berbincang
untuk menentukan pemenang berdasarkan sistem juri sekiranya
terdapat pemberian markah antara juri tidak seimbang. Kriteria
yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan
seperti berikut:
5.5 Menang atau Kalah
5.5.1 Juri mesti menentukan pasukan yang menang atau kalah.
5.5.2 Pasukan yang dipilih untuk menang mempunyai kelebihan
jumlah juri yang memilih pasukan tersebut lebih daripada pihak
lawan.
Citra Pantun Melayu_Karnival Bahasa Melayu Mini IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa