Page 6 - Koleksi Penuh.Updated
P. 6

Kata Pengantar













                   Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.

                 Alhamdulillah dan segala puji bagi ALLAH s.w.t, Jurnal Gerakan Dakwah Negeri Perak
                 dapat diterbitkan buat julung kalinya sempena Ijtima’ Harakiy WADAH-ABIM-KPIP
                 kali  ke-6  dan  juga  sambutan  Jubli  Emas  (50  Tahun)  Angkatan  Belia  Islam  Malaysia
                 (ABIM) Negeri Perak. Peluncuran Jurnal ini sesuai dengan tema Ijtima’ Harakiy kali ke-
                 6  ini,  -  “Merangkul  Sinergi  Perkukuh  Gerakan”  –  kehadiran  Jurnal  sulung  ini  sebagai
                 langkah awal usaha mengumpul idea, fikrah dan pemikiran aktivis gerakan di negeri
                 ini untuk didokumentasikan sebagai khazanah tulisan punca peranan cukup penting
                 untuk dikongsi bersama. Kepelbagaian kepakaran, pengalaman dan  pemikiran ahli-
                 ahli jemaah dirangkul bagi membina kekuatan dalam bangkai kesatuan.

                 Jurnal  Gerakan  Dakwah  Negeri  Perak  ini  juga  akan  diterbitkan  sebagai  terbitan
                 elektronik di bawah ABIM Press dan diharapkan dapat dikongsi kepada seluruh negara
                 dan  juga  dapat  dijadikan  sebagai  satu  rujukan  khazanah  literatur  kepada  generasi
                 masakini dan akan datang.


                 Akhir kata, tahniah kepada Sidang Redaksi Jurnal Gerakan Dakwah Negeri Perak atas
                 keberhasilan mengumpul dan menerbitkan jurnal ini. Semoga keluaran sulung jurnal
                 ini mampu menyemarakkan semangat rakan-rakan jemaah untuk terus menyumbang
                 makalah pada masa hadapan yang berupaya memberikan manfaat besar untuk gerakan
                 Islam  dan  dakwah  di  negara  ini.  Semoga  Allah  swt  mengganjari  usaha  ini  dengan
                 sebaik-baiknya.


                 Selamat membaca.



                 Haji Nasir Mohd Kamarudin
                 Pengerusi WADAH Negeri Perak 28
                 Ogos 2022









                                                          ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11