Page 7 - Koleksi Penuh.Updated
P. 7
Artikel Am ini ingin mengajak pembaca melihat secara positif kemajuan dan pencapaian yang telah
dilakukan oleh tokoh-tokoh terkemuka yang berbangsa Yahudi, supaya bangsa lain dapat bersaing
dengan sihat.
TAMADUN PEMIKIRAN BANGSA YAHUDI : DARI
TERPERUSUK KE PERSADA DUNIA
Oleh : Ramdani Abd Karim.
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM
Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Leonard Kleinrock. Nama-nama besar dalam
industri komputer, pendigitalan, internet dan aplikasi pintar. Daripada
pengasas Facebook(Mark Zuckerberg), Microsoft(Bill Gates) dan Internet
(Leonard Kleinrock) ke semua mereka memberi kesan terhadap kehidupan
masyarakat dunia hari ini. Siapa yang tidak kenal Karl Marx, seorang ahli
ekonomi, revolusi, falsafah dan sosiologi. Pelopor kepada idea Albert Einstein
seorang genius yang hanya bercakap lancar pada usia 9 Tahun. Kecerdikan
Einstein dikesan apabila berjaya menguasai matematik kalkulus pada usia 16
tahun. 10 tahun kemudian, Einstein menamatkan pengajiannya daripada
Universiti Zurich dengan menyandang doktor falsafah berserta penghasilan
Teori Relatif dan graviti serta 5 buah artikel penulisan
Juga jangan ketinggalan untuk mengenali Leo Szilards, perintis Bom Atom.
Pemegang hak petan Atom ini turut mencipta mikrosokop electron. Beliau
adalah individu yang bertanggungjawab terhadap Manhattan Project. Salah
satu projek saintis yang turut diterajui oleh Robest Oppenheimer dan Eistein
yang menyumbang kepada visi penjanaan senjata pemusnah (Bom Atom)
1