Page 12 - Koleksi Penuh.Updated
P. 12

Ilham penulisan makalah ini adalah Artikel Am yang merumuskan kekuatan ukhwah sebagai asas
                kebangkitan Islam secara seluruhnya. Menerusi surah al-Ahzab, penulis membawa pembaca kepada erti
                                 persahabatan sebagai sumber kekuatan demi perjuangan agama.





                     CERITA KEBANGKITAN ISLAM ITU CERITA PERSAHABATAN


                                                             oleh
                                                   Hj Hamdan bin Mohd Hassan
                                             Pengerusi Islamic Outreach-ABIM Penang


              Rakan-rakan di universiti tempatan, di maktab perguruan, di seberang laut,

              malah di asrama-asrama sekolah akan mengesahkan kisah gerakan Islam,

              fenomena  kebangkitan  Islam  adalah  cerita  persahabatan,  pengalaman

              keakraban yang memungkinkan tercetusnya suatu perubahan.


              Persahabatan dalam usia muda, bertenaga, bercita-cita dan beraspirasi mulia


              ingin meraihkan idealisme. Persahabatan yang merentasi benua, membina
              hubungan,  persaudaraan,  melebarkan  rangkaian  yang  menghasilkan  suatu


              nahdah,  suatu  kesedaran  Islam  yang  dipelopori  anak-anak  muda,
              kebanyakannya  mahasiswa  yang  berani  menjelajah,  tekun  berkarya,  cekal


              aktivisme,  menerokai  pembaharuan,  islah  dan  tajdid.  Persahabatan  yang

              menghasilkan  pergerakan  tersusun,  berorganisasi  ampuh  dan  mampu

              membawa  transformasi  bersejarah,  merubah  budaya  dan  pemikiran  umat.

              Persahabatan  yang  membawa  kepada  kesedaran  merata,  keyakinan

              beragama, hasrat supaya lebih beragama sehingga mempengaruhi politik dan

              urustadbir  negara.  Perubahan  dan  kesedaran  yang  menggembeleng  umat

              menuntut jalan penyelesaian melalui Islam.








                                                              6
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17