Page 16 - Koleksi Penuh.Updated
        P. 16
     Gerakan  ini  berjaya  menongkah  arus  nasionalisme  sempit,  sekularisme,
              sosialisme dan liberalisme yang sedang mendominasi umat dan dunia pada
              ketika  itu.  Angkatan  persahabatan  ini  sememangnya  telah  berjasa  dan
              menyumbang  kepada  kebangkitan  Islam  pada  era  tersebut.  Angkatan
              persahabatan telah bertindak sebagai satu upaya yang meleraikan pelbagai
              bibit-bibit perbedaan geogpolitik dan merentasi mazhab bagi mengutamakan
              matlamat pemerataan kefahaman Islam, Islamisasi dan maslahat umat dan
              bukan seperti sekarang dengan kehadiran kumpulan yang dapat diperkotak
              katik. Ia berupakan pelbagai aliran aktivis Islam yang saling berantakan tanpa
              tujuan dan mempertikaikan setiap perkara furu’ dan sering memperbesarkan
              polemik yang tidak perlu diperbesarkan. Bukan juga macam gerakan islah,
              Kaum  Muda  tahun  20’an  idealis  yang  dikenang  sebagai  mereka  yang
              cenderung  menimbulkan  kontroversi  kepada  perkara  ranting.  Sebaliknya,
              kebangkitan era ini digalas oleh gerakan ummatik.
              Angkatan  yang  mendampingi  para  ilmuwan,  alim  ulama  dan  sarjana  telah
              menadah  ilmu  dan  pengalaman  dengan  penuh  tawaduk,  merendahkan  diri
              dan cukup  rajin  belajar  di  depan  kaki-kaki ‘ulama,  pengarang, sarjana  dan
              cendekiawan dari seluruh dunia. Mereka menziarahi Al Mawdudi, Al Nadwi,
              Fathi  Yakan,  Al  Faruqi,  Al  Attas,  Pak  Natsir,  Muhammad  al  Ghazali,  Al
              Qaradawi, Al Tilmisani dan para ulama’ serta pemikir terkenal. Angkatan yang
              tekun menelaah buku-buku, kitab-kitab, menjelajahi pustaka dan menghadam
              pemikiran dan idea besar, lazat berbahas dan berwacana sesama mereka.
              Mereka tidak berhenti mengunjungi pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh
              besar,  mengutus  surat,  meraih  dokongan,  melebarkan  jaringan  kenalan,
              mengumpul sokongan serta memujuk dan merayu, menggubal memorandum
                                                             10
     	
