Page 15 - Koleksi Penuh.Updated
P. 15

kemanusiaan itu, sisi personal dan emosional berpandukan pedoman akan

              membebaskan diri-diri daripada terperangkap jerat-jerat perlawanan kuasa,

              pertembungan ego dan pertandingan mengejar habuan fana.





              Dalam gerakan Islam, sosok yang dikenali dan mempunyai kelebihan karisma

              adalah Anwar Ibrahim kerana kelebaran jaringan persahabatannya yang unik,

              akrab dan lingkaran jejak kenalan boleh dikesan di tanah air serta di serata

              dunia. Jalinan persahabatan yang merentasi jurang kaum dan kabilah, agama

              serta geografi.





              Mereka  terkesan  dengan  jalinan  persabahatan  Anwar  Ibrahim  semenjak

              menjadi aktivis remaja, pelajar dan belia bersama rakan-rakan FOSIS, IIFSO,

              MSA,  ISNA,  WAMY,  IIIT  dan  kemudiannya  melebarkan  persahabatan  ke

              Pertubuhan Kesatuan Ulama Sedunia dalam suatu rangkaian persahabatan

              seangkatan  yang  dapat  bersatu  hati  dan  memikirkan  bersama  tindakan.

              Nama-nama  seperti  Abdul  Hamid  Abu  Sulayman,  Hisham  Talib,  Ahmad

              Totonji, Jamal Barzanji, Jamal Badawi, Kurshid Ahmad, Rashid Ghanoushi,

              Erbakan,  Yusuf  Nada,  Osman  Makki,  Taha  Jabir  Alalwani,  Hasan  Turabi,

              Ebrahim Moosa dan banyak lagi figura yang dikenali oleh umat dari seantero

              dunia. Kesatuan tokoh-tokoh ini bukan mudah direalisasikan dan kehadiran

              mereka  merupakan  suatu  rahmat  kepada  umat  dan  membuktikan  bahawa

              telah berlaku pada masa itu satu kesatuan hati, fikir dan amal di peringkat

              global yang diusahakan dan digerakkan oleh pemuda-pemudi beridealisme

              Islam pada waktu itu.






                                                              9
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20