Page 17 - Koleksi Penuh.Updated
        P. 17
     dan deraf petisyen bagi tuntutan-tuntutan pembela umat serta menganjurkan
              gagasan-gagasan kebangkitan. Persahabatan ini juga merentasi sempadan
              agama  dan  dengan  semangat  dialog  berusaha  bagi  merapatkan
              persefahaman komuniti Non Muslim antarabangsa, civil society dan mendapat
              penerimaan tokoh-tokoh akademik Non Muslim yang bersikap lebih terbuka.
              Cerita  dan  iktibar  persahabatan  ini  patut  mengatasi  buruk  sangka  politik
              partisan.  Namun  persahabatan  diuji  juga  apabila  suasana  berubah  dan
              kepentingan diri dirasai terancam. Itulah mehnah kilauan harta, pangkat dan
              kuasa. Ada yang kecundang kerana tidak sanggup melepaskan posisi dan
              jawatan  tinggi.  Ada  yang  menyebut  seakan-akan  menyesali  hadir  usrah
              bersama  dahulu  kerana  bimbang  dilabel.  Ada  yang  masih  berkata  mereka
              bersama  gerakan  dan  idealismenya  tetapi  berusaha  menggunakan  posisi
              mereka  untuk  melenyapkan,  memadamkan,  menghakis  kesan  tokoh-tokoh
              gerakan, membendung kesedaran pelajar kampus, berusaha sedaya upaya
              tidak mahu dikaitkan padahal semua yang memerhatikan hanya melihat suatu
              kesipuan  gelagat  manusia  yang  tidak  tahu  erti  malu.  Ada  yang  lebih  jauh
              tersungkur sehingga sanggup berkomplot, mengkhianati, menzalimi sahabat
              termasuk menfitnah, menuduh palsu dan memenjarakan. Ada yang merasa
              lega  dan  bergembira  apabila  dapat  menjatuhkan  sahabatnya  tanpa  rasa
              bersalah  atau  dosa,  seolah-olah  bermati-matian  mahu  memadam  sejarah
              hubungannya.
              Itulah  malangnya  apabila  kekuatan  karisma  dan  persahabatan  yang  cuba
              dieksploit penguasa politik secara songsang – ‘reverse psychosis’ dan dengan
                                                             11
     	
