Page 13 - Koleksi Penuh.Updated
P. 13
Pelajar-pelajar berkumpul, berusrah di Petaling Jaya, Kg. Baru, Jalan Pantai
Baru sehinggalah pelajar-pelajar yang berkunjung, berusrah di Bangi di rumah
Ustaz Dr Abdul Halim el Muhammady serta merata pelusuk. Semuanya
dirangkaikan dan dieratkan melalui suatu idealisme perjuangan, kesatuan
wehdah, fikrah dan pautan hati-hati.
Pelajar-pelajar antarabangsa samada di Dundee, di Manchester, di London,
di Kahirah, di Madinah, di Bloomington, di Carbondale akan berhimpun,
bersantai, bersembang hingga larut malam, bersentang mata hingga
menyengah waktu subuh, membincang, membahas, mencari kaedah dan
penyelesaian bagi setiap permasalahan umat, yang memang sarat
hambatannya. Mereka tekad untuk apabila kembali ke negara asal nanti akan
sambung usaha dakwah dan islah.
Sedih, menyayat dan gusarkan apabila diceritakan nasib umat di serata dunia
waktu itu. Kisah pemuda-pemuda ditahan di Damsyik semata-mata kerana
berjanggut. Sisters di Syria direntap hijab mereka oleh askar-askar regim
Hafez Assad. Pemuda-pemuda diusia bawah 40 tahun ditangkap beramai-
ramai di Libya oleh regim Gaddafi hanya kerana mereka hadir solat subuh
berjemaah. Pelajar-pelajar di Iraq terpaksa melilit kafiyeh melitupi muka
apabila ke masjid atau hadir program Campus Muslim Students Society di UK
kerana waspada pengintip-pengintip regim Baath Saddam. Semua ini terjadi
pada zaman transformasi sosial hebat di mana berlaku cetusan dan ledakan
idea-idea serta peristiwa-peristiwa yang kebetulan bertindan dengan aktivisme
mahasiswa, kebangkitan agama dan pergolakan politik.
7