Page 14 - Koleksi Penuh.Updated
P. 14
Sisi kemanusiaan penting dalam setiap perbahasan peradaban.
Persahabatan yang tulus dan bersandarkan kepada persaudaraan serta
rahmah kemanusiaan. Itulah sebab ramai tokoh-tokoh Islam, alim ulama’
besar serta komuniti Islam yang sangat bersimpati, menyokong dan
mendoakan gerakan kebangkitan umat ini dan para pimpinannya.
Persahabatan demi kebangkitan Islam dan cita-cita Islamiyyah, demi tajdid,
menegakkan kebenaran dan keadilan, didasari iman, keikhlasan, kasih
sayang bukan kepura-puraan, bukan untuk tujuan-tujuan kepentingan
tersembunyi, bukan bagi merekayasa komplot dan rancangan jahat. Bukan
dengan perasaan kibr, ujub, takabbur, riya’. Persahabatan atas dasar thiqah,
trust, saling mempercayai yang amat berupaya menangani perbedaan dan
menjauhi pengkhianatan. Sudah tentu ada makna dan ertinya pengikut
mengelilingi, mengenali dan mencintai Rasulullah ﷺ yang
dinamakan sahabah.
Persahabatanlah yang menjamin, melestari sokongan moral dan material.
Dana-dana yang sangat diperlukan bagi program-program dakwah dan
kemanusiaan. Juga tidak kurang pentingnya, dokongan kerohanian, titipan
doa’ dan tulus ingatan sahabat-sahabat seperjuangan dalam menempuh
perjalanan dunia fana agar sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat
Allah swt, agar teguh dan tabah berjuang di atas jalanNya.
Konflik politik, pertembungan kepentingan, ketidakserasian personaliti tidak
harus menjejaskan hubungan persahabatan. Ini semua tidak harus membawa
kepada pengkhianatan, penindasan dan tindakan kekejaman. Sisi
8