Page 3 - EKSIM@Stong 2016
P. 3
Perutusan Dari
Meja Pengerusi
Assalammualaikum w.b.t,
Salam sejahtera kepada semua yang terlibat telah
menjayakan program EKSIM@STONG 2016 atau
Ekspedisi @ Simulasi Menyelamat Gunung Stong yang
telah di jalankan dengan jayanya pada 18 hingga
21 Mac, 2016.
Saya amat berterima kasih kepada penaja-penaja iaitu
Datasonic Group (M) Bhd, PNB, Megah Perawan, KFC,
Maggie, Eynasya, Azlina Abdul Aziz & Associates, ADZ
Services & Management Sdn Bhd, Kesedar Kelantan,
ICU -JPM, Promost, KBS, Universiti Malaysia Kelantan
Risda dan Jabatan Perdana Menteri.
Tidak lupa juga kepada pengurus acara FA Creative,
mahasiswa UMK, Bomba Malaysia, PDRM, pasukan
logistik RKM Selangor dan Stong State Forest Park.
Program EKSIM@STONG 2016 ini amat bermakna
kepada saya dan juga kepada semua peserta pendakian,
kerana program ini telah memberikan satu pendidikan
untuk keselamatan selain dari rekreasi. Apa yang telah
ditunjuk ajar oleh pihak Bomba dan Penyelamat adalah
untuk persiapan kepada para pendaki dalam mengambil
langkah-langkah keselamatan ketika berada di puncak
gunung dengan cara yang betul.
Saya berharap agar para peserta pendaki peroleh manfaat
daripada program ini selain keseronokan. Pengalaman
ini bukanlah mudah untuk diperolehi dan ianya sangat
bernilai serta meninggalkan seribu kenangan.
Di samping itu saya juga hendak mengucapkan jutaan
terima kasih kepada mahasiswa UMK yang diketuai oleh
Profesor Aziz di atas kerjasama yang telah diberikan
bermula selama 3 hari bermula dari “Ekspo Kerjaya dan
Perjumpaan Mahasiswa bersama Agensi Kerajaan dan
GLC” sehingga program “Konservasi Terokai Alam” dan
berakhir di Jeli untuk “Majlis Penyampaian Sijil”.
Insyallah, kami dari Pertubuhan Nadi Sihat akan
menganjurkan lagi program sebegini pada masa-masa
yang akan datang. Dari program EKSIM@STONG 2016
ini secara tidak langsung telah memberikan kami lebih
banyak idea untuk menganjurkan program-program yang
lebih bermanfaat dan berfaedah.
Sekian Terima Kasih.
Dato’ Ismail Kijo
Pengerusi,
Pertubuhan Nadi Sihat
3 3