Page 5 - EKSIM@Stong 2016
P. 5
Ketua Ekspedisi
EKSIM@STONG 2016
Assalammualaikum w.b.t,
Tahniah! kepada semua para peserta pendaki EKSIM@STONG 2016 atas kejayaan menamatkan
cabaran ini dengan jayanya. Saya berasa sangat gembira kerana dapat sama-sama terlibat dalam
program ini dari awal perlaksanaan sehingga akhir program.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mahasiswa UMK dan para pendaki
kerana kerana memberikan kerjasama dan sangat komited. Tidak lupa juga kepada
pihak-pihak lain yang turut sama menjayakan program ini dan kepada
para penaja yang memberi sokongan kepada program ini.
Kepada pihak Bomba Malaysia, terima kasih di atas kerjasama yang telah
diberikan. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Bomba
adalah merupakan satu pengalaman dan ilmu yang
sangat berguna kepada para pendaki.
Semoga program-program sebegini terus
diberi sokongan oleh pihak korporat dan
agensi kerajaan pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih.
Dato’ Dr. Ma’amor Osman
Ketua Ekspedisi EKSIM@STONG 2016
Tahniah Dari Warga UMK
Assalammualaikum w.b.t,
Terima kasih kepada pihak penganjur EKSIM@STONG 2016 kerana
memberi ruang kepada mahasiswa UMK untuk turut sama melibatkan diri
di dalam program “Ekspedisi & Simulasi Menyelamat Gunung Stong”.
Saya mewakili warga UMK sangat berasa bangga kerana dapat bekerjasama
menjayakan program ini. Program ini sangat bermakna dan meninggalkan
kesan positif, lebih-lebih lagi kepada mahasiswa UMK. Saya berharap agar
pihak Pertubuhan Nadi Sihat dapat merancang program sebegini pada
masa-masa yang akan datang.
Gabungan program pendidikan, kesihatan, kerja amal dan
kesedaran terhadap alam sekitar merupakan satu usaha yang
sangat menarik dan memberi banyak pengisian kepada
mahasiswa dan masyarakat. Program ini boleh dijadikan
model kepada persatuan-persatuan lain.
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada
Pertubuhan Nadi Sihat atas kejayaan mengendalikan
program ini dengan sempurna.
Sekian Terima Kasih.
Prof. Abdul Aziz b Ab Latiff
Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMK.
5