Page 10 - PERINTIS 2020 SMK SERI AMPANG
P. 10
MUHAMMAD HAIQAL BIN ZAKARIA
KETUA EDITOR SIDANG REDAKSI MAJALAH PERINTIS
SMK SERI AMPANG, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum waramatrullah wabarakatuh dan selamat sejahtera
Kata sasterawan Negara Usman Awang;
“Tiada tertandingkan segala bijaksana. Tajam keris raja…. Tajam lagi pena pujangga”
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana
Berjaya menerbitkan majalah ini. Segala jerit payah suka dan duka, semuanya terhimpun
sebagai memori terindah yang tidak akan dilupakan.
Kepada guru-guru, terimakasih kerana terus mendidik, setiap saat yang ditumpahkan buat
Pendidikan anak bangsa tidak akan mampu dibalas oleh sesiapa. Guru ialah adiwira
terulung dari seluruh galaksi.
Perjuangan Pendidikan ialah perjuangan yang paling murni. Ia menuntut kesabaran yang
paling Panjang, keikhlasan yang paling dalam, dan ketekunan paling tinggi. Hasilnya tidak
kita lihat esok atau lusa dan adakalanya, kita tidak berkesempatan untuk melihatnya. Tetapi
segala yang kita tinggalkan akan menjadi makna dan sejarah yang besar dalam hidup
seseorang. Teruslah berjuang, teruslah mendidik.
Akhir sekali saya ingin menyeru kita semua untuk sama-sama menjadikan sekolah sebagai
tempat tumbuhnya kasih dan saying (love) tempat kita mengecapi kegembiraan
(happiness) dan tempat untuk kita belajar saling menghormati antara satu sama lain
(mutual respect)
Sekian, terima kasih
[DOCUMENT TITLE] | [Document subtitle]