Page 9 - PERINTIS 2020 SMK SERI AMPANG
P. 9

AHMAD SHOFI KUMAENI BIN ABD MUNIF
                                              KETUA MURID  SMK SERI AMPANG, KUALA LUMPUR


              Assalamualaikum waramatrullah  wabarakatuh , selamat sejahtera


          Sejahtera Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli dan guru pembimbing sidang
          redaksi  kerana  telah  berjaya  meneruskan  kesinambungan  penerbitan  Majalah  'Perintis'

          sekolah ini bagi edisi ke-52. Majalah sekolah merupakan medium utama yang amat dinanti-

          nantikan oleh semua warga sekolah untuk melihat catatan peristiwa dan kejayaan yang telah

          dilakarkan oleh warga sekolah sepanjang tahun tersebut. Ucapan terima kasih juga saya

          ucapkan kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk menukilkan sepatah dua kata

          dalam majalah ini.

           Masa terus berlalu, waktu silih berganti dan zaman kian berubah jelas menjadi cabaran

          utama dalam penerbitan majalah yang menjadi ikon kebanggaan sekolah kita ini. Sedar atau
          tidak   penerbitan majalah ini telah mencapai tahuhn ke-52 dan seharusnya kita bangga akan
          pencapaian  ini  sebagai  warga  ARBS.  Hal  ini  demikian  kerana  seiring  peredaran  zaman,

          kemajuan  teknologi  kian  pesat  dan  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  media  sosial  menjadi

          pilihan utama generasi masa kini. Namun, majalah 'Perintis' ini amat berbeza dan istimewa

          kerana majalah ini bukan hanya sedakar naskhah untuk dibaca tetapi lebih dari itu. Kenangan
          indah bersama rakan dan guru yang diaplikasikan dalam sekeping gambar dan dimuatkan

          dalam majalah ini akan menyentuh serta menggamit ingatan dan nostalgia ketika berada di
          alam persekolahan.

          Pada kesempatan ini, saya juga ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir

          sekolah, guru-guru dan staf sokongan kerana telah mewarnai kehidupan kami di alam remaja
          dengan suka dan duka yang kita hadapi bersama dalam usaha mencapai kejayaan dalam
          semua bidang. Insya-Allah nasihat dan bimbingan guru akan kami kenang sampai bila-bila.


           Akhir kata, saya selaku Ketua Pengawas Sekolah sesi 2019/2020 ingin mengambil peluang
          mewakili semua murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa kerana
          tidak  jemu  memberi  dorongan  dan  tunjuk  ajar  kepada  kami  untuk  menjadi  insan  yang

          cemerlang dalam pelbagai aspek. Terima kasih ARBS.



                     Sekian, terima kasih,


                               "PENGAWAS BERKALIBER MENCERMINKAN SEKOLAH”

                                                                                [DOCUMENT TITLE] | [Document subtitle]
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14