Page 21 - LAPORAN TAHUNAN BPUS 2023
P. 21
LAWATAN MAHABBAH YB EXCO PID
Bahagian penguatkuasaan undang-undang Syariah (BPUS) menerima
kunjungan hormat daripada YB Ustaz Mohd Asri Bin Mat Daud (J.M.K)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan
Hubungan Seranta (PID). Beliau telah datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan (JAHEAIK) dan telah membuat lawatan ke semua bahagian
termasuklah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS).
Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah YB Nik Asma’ Baharum Nik
Abdullah Adun Chempaka mengiringi YB PID ke Jabatan ini. YB PID melihat
BPUS merupakan bahagian yang dilihat perlu untuk di angkat menjadi sebuah
Jabatan seiring dengan perkembangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil 1
2019.
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 19
UNDANG-UNDANG SYARIAH