Page 23 - LAPORAN TAHUNAN BPUS 2023
P. 23
MAJLIS SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH
PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN
1445H/2023M - KALI KE 18
Majlis Sambutan Hari Hududullah merupakan program tahunan yang
dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Bahagian penguatkuasaan undang-undang Syariah (BPUS) merupakan
urusetia yang menganjurkan program ini.
Antara tujuan utama program seperti ini dianjurkan ialah sebagai
usaha berterusan Kerajaan Negeri Kelantan memartabatkan sistem
perundangan Islam serta menjadikan sistem perundangan Islam
sebagai panduan dalam kehidupan masyarakat Islam di Negeri
Kelantan. Selain itu ianya bertujuan memberi penjelasan dan input-
input serta isu-isu terkini berkenaan Kanun Jenayah Syariah Bil (I)
2019 kepada para peserta dengan harapan dapat melahirkan
masyarakat yang celik Undang-undang Islam dan turut sama
memperjuangkan pelaksanaannya di Negeri Kelantan.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB.
Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji
Daud
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 21
UNDANG-UNDANG SYARIAH