Page 3 - LAPORAN TAHUNAN BPUS
P. 3

UCAPAN ALU-ALUAN









                                                         YB DATO’ LELA PERKASA
                                                         DATO' HAJI CHE MOHD RAHIM
                                                         BIN HAJI JUSOH D.P.S.K (Kelantan)


                                                         Pengarah
                                                         Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan


               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

               Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.


               Segala puji dan syukur kepada Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam
               ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat
               baginda.  Setinggi   tinggi  penghargaan  dan  tahniah  kepada  semua  yang  terlibat
               sama ada di peringkat Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri
               Kelantan  dan  semua  jajahan  di  atas  usaha  menerbitkan  laporan  tahunan  bagi

               tahun 2023 di bahagian penguatkuasa.


                 Bahagian  Penguatkuasa  adalah  sebahagian  dari  penggerak  aspek  pematuhan
               syariat  dalam  melaksanakan  Pelan  lnduk  Transformasi  Ummah  di  bawah  teras
               Salaman  kearah  melahirkan  masyarakat  yang  sejahtera  berpandukan  undang-
               undang  yang  telah  digariskan  dibawah  Enakmen  KanunJenayah  Syariah  Negeri
               Kelantan (I) 2019 bagi merealisasikan Kelantan Melangkah Kehadapan (KMK) yang
               merupakan  sasaran  utama  Kerajaan  Negeri  Kelantan  melalui  konsep  keberkatan,
               kemakmuran dan kebajikan.


               Laporan  Tahunan  Bahagian  Penguatkuasa  JAHEAIK  memuatkan  gerak  kerja  yang
               telah  dilaksanakan  sepanjang  tahun  2023  bertujuan  memberikan  laporan  secara
               am berkaitan usaha-usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah di Negeri
               Kelantan.



                Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan syabas dan tahniah di atas laporan yang
               telah  berjaya  diterbitkan  oleh  semua  pihak  yang  terlibat.  Semoga  segala  usaha
               yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Sekian,wabi
               llahittaufiq.


               Wassalamualaikum wa Rahmatullahi Ta'ala wa Sarakatuh



                                                                        LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM

                                                                      BAHAGIAN PENGUATKUASAAN                      1
                                                                      UNDANG-UNDANG SYARIAH
   1   2   3   4   5   6   7   8