Page 4 - LAPORAN TAHUNAN BPUS
P. 4
UCAPAN ALU-ALUAN
DR. HASNAN BIN HAJI RAMLI
Timbalan Pengarah (Operasi)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Firman Allah dalam surah Ali lmran ayat 110, yang bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang
ma'ruf, mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab
beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang
beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang orang fasiq."
(Surah Ali-lmran : 100)
Syariat Islam telah memberikan jalan keluar kepada semua permasalahan sosial
yang melanda masyarakat di masa kini dengan mengawal dan mendidik umat Islam
daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan. Maka dengan itu, wujudlah
Maqasid Syar'iyyah bagi mengelakkan kejahatan dan ketidakadilan terus menular
di kalangan masyarakat.
Maqasid Syar'iyyah yang digariskan ini tidak akan berlaku sekiranya syariat Allah
ditolak atau tidak dipatuhi jika alasan yang digunakan ialah ianya tidak relevan di
masa kini. Walhal kemelut sosial yang melanda seluruh negara kita memerlukan
jalan keluar melalui pengamalan syariat agar dapat menatijahkan keharmonian di
kalangan masyarakat.
Kerajaan Negeri Kelantan telah sedaya upaya melaksanakan syariat Allah SWT
mengikut kuasa yang ada untuk memastikan keharmonian ini dapat dinikmati,
bukan sekadar untuk generasi sekarang, bahkan untuk generasi akan datang.
Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Kelantan mempunyai peranan yang besar merealisasikan keberkatan
dan kemakmuran negeri seiring dengan dasar Membangun Bersama Islam dari
aspek undang-undang syariah.
Sekian, Wassalamualaikum wa Rahmatullahi Ta'ala wa Sarakatuh
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2
UNDANG-UNDANG SYARIAH