Page 3 - manual-pengurusan-sekolah-2021
P. 3
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
KATA ALUAN
Assalamualaikum wbt,
Guru-guru dan AKP yang dihormati sekalian,
Salam ukhwah dan Selamat Tahun Baru 2021,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya, barisan pentadbiran sekolah
telah diberi kekuatan sekali lagi bagi menerbitkan sebuah buku Manual Pengurusan Sekolah
bagi tahun 2021.
Dengan adanya buku ini dapatlah pihak pengurusan dan pentadbiran, guru-guru serta semua
warga SKDJ menjadikan panduan dan landasan dalam menguruskan pentadbiran sekolah dengan lebih padu dan
cemerlang pada tahun 2021. Walau bagaimana pun segala pembentukan organisasi , jawatankuasa, perancangan
program dan aktiviti yang dinyatakan dalam buku ini adalah merupakan perancangan dan cadangan permulaan. Ia
boleh diubahsuai, ditambah baik sebagaimana situasi atau keperluan Tahun 2021 itu sendiri. Adalah diharapkan
semua UNIT dan PANITIA serta jawatan kuasa yang dibentuk dapat merancang dan seterusnya melaksanakan
program-program yang dirancang dengan baik dan berkesan bagi menepati visi, misi dan objektif sekolah.
Seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Besarlah harapan saya agar semua guru di SKDJ dapat menghayati sepenuhnya Manual Pengurusan Sekolah 2021
agar segala perancangan yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana perancangan dibuat.
Tanggungjawab yang diamanahkan wajiblah dilaksanakan dengan penuh integriti. In shaa Allah, jika kita bersatu
dan bekerja dalam satu pasukan dengan penuh keikhlasan bagi melaksanakan visi, misi dan objektif sekolah yang
kita sayangi ini, kita akan terus meraih kejayaan berterusan dari tahun ke tahun mendatang.
Saya juga berharap segala kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun-tahun yang lepas dapat memberi suntikan
semangat juang dan usaha yang tinggi serta kental untuk kita meraih sekali lagi kejayaan besar bagi tahun 2021
ini, in shaa Allah. Semoga semua usaha yang kita curahkan semata-mata kerana Allah untuk kejayaan anak -anak
didik kita, mudah-mudahan diberkhati oleh Allah SWT.
Sebagai renungan warga SK Desa Jaya, kita selami kata-kata daripada Imam Al Ghazali ini:
Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu kematian
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
Yang ditunggu Allah SWT itu taubat.
Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat Menjalankan Tugas Dengan Penuh Integriti
Sekian, terima kasih.
“Wawasan Penjana Warisan”
Hjh. Zuraidah binti Abu Bakar
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,
Pahang Darul Makmur.
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N