Page 8 - manual-pengurusan-sekolah-2021
P. 8

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


            HALA TUJU SEKOLAH




























                                  TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA


             Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
             warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang menyedari betapa
             pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya
             kepada demokrasi. Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

             Melalui  pendidikan  masyarakat  dapat  membentuk  anak  mudanya  memahami  kebudayaan  mereka
             memperolehi  pengetahuan  yang  telah  terkumpul  sejak  zaman  berzaman  dan  menyediakan  mereka  untuk
             menghadapi cabaran pada masa akan datang.

             Dengan  menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  anak  muda  untuk  mendapat  kemajuan
             sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
             menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang tinggi.


             1.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID

                     1.1   Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami dari hal-hal lain.
                     1.2   Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
                           politik, ekonomi sosial, keturunan atau agama.
                     1.3   Merahsiakan  maklumat  ikhtisas  atau  sulit  mengenai  murid  kecuali  kepada  mereka  yang
                           berhak mengetahuinya.
                     1.4   Membimbing atau mengajar seorang murid di dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran
                           mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
                     1.5   Menunjukkan  satu  cara  berpakaian,  peraturan  dan  tingkahlaku  yang  memberi  contoh  yang
                           baik kepada murid.
                     1.6   Memelihara  dan  memperbaiki  kecekapan  ikhtisas  melalui  pengkajian,  penyelidikan  lawatan
                           dan  menghadiri  kursus  ikhtisas,  persidangan,  mesyuarat  atau  seminar  supaya  pengajaran
                           kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.











                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13