Page 10 - manual-pengurusan-sekolah-2021
P. 10

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


           5.   TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

                5.2    Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang
                       tidak  berbelah  bagi  kepada  Yang  Di  Pertuan  Agong,  negara  dan  kerajaan.  Seorang  pegawai  tidak
                       boleh :-

                       a.   berkelakuan  dengan   sedemikian  cara  yang  mungkin  menyebabkan  kepentingan

                           persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
                       b.   berkelakuandengan  sedemikian  cara  hingga  memburukkan  nama  atau  mencemarkan  nama

                           perkhidmatan awam.
                       c.   Kurang cekap atau kurang berusaha
                       d.   Tidak jujur atau tidak amanah
                       f.   Tidak bertanggungjawab
                       g.    ingkar  perintah  atau  berkelakuan  dengan  apa-apa  cara  yang  boleh  ditafsirkan  dengan

                           munasabah sebagai ingkar perintah dan
                       h.    cuai dalam melaksanakan tugasnya

                5.2    Seorang  pegawai  tidak  boleh  tidak  bertanggungjawab.  Seorang  pegawai  dianggap  sebagai  telah
                       melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :-


                       i.   Menghasut  kakitangan  kerajaan  supaya  jangan  terlalu  berusaha  dalam  menjalankan  tugas-

                           tugas mereka.
                       ii.   Cuba  mewujudkan  suasana  yang  tegang  di  pejabat  (atau  bilik  guru)  dengan  melaga-lagakan

                           rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
                       iii.   Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
                       iv.   Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya kerana harta

                           tersebut bukan hartanya.
                       v.   Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah



             Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai-pegawai yang melanggar Peraturan
                                                    Pegawai Awam.


                                                  PIAGAM SEKOLAH

                       Sekolah  Kebangsaan  Desa  Jaya  berazam  dan  berusaha  untuk  memberikan
                       perkhidmatan  yang  berkualiti,  cekap  dan  ikhlas  serta  penuh  tanggungjawab  bagi
                       menjamin  kesempurnaan  kecemerlangan  sekolah.  Perkhidmatan  yang  sempurna
                       dilaksanakan  melalui  permuafakatan,  keprihatinan  dan  berbudi  bahasa  serta
                       memahami kehendak pelanggan.
                       Di atas kesedaran ini, kami akan berusaha ke arah:

                                Melahirkan individu yang berkualiti, berketrampilan dan berakhlak mulia
                                Melahirkan  individu  yang  cemerlang  dalam  bidang  kurikulum  dan
                                 kokurikulum
                                Mewujudkan sekolah beridentiti, ceria dan berbudaya positif
                                Menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan masyarakat dan agensi
                                 luar
                                Memastikan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berkualiti,  berkesan
                                 dan sesuai dengan sistem pendidikan masa kini
                                Memberikan  perhatian  yang  khusus  kepada  program  intervensi  agar
                                 semua individu dapat menguasai kemahiran asas 3M




                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15