Page 9 - manual-pengurusan-sekolah-2021
P. 9
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
2.1 Menghormati tanggungjawab ibu bapa yang utama terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
2.2 Menganggap maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.3 Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa murid.
2.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
2.5 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau jagaan mereka.
2.6 Menjaga keselamatan dan kebajikan murid semasa di kawasan sekolah sentiasa berusaha
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan kerjasama ibu bapa mereka.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat dan negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
3.2 Memupuk di dalam diri setiap murid dan nilai membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, agama dan keturunan.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian di dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi
pendidikan dengan masyarakat.
3.5 Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
3.6 Bermuafakat dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk
meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ke arah pendidikan bertaraf dunia.
4. TATATERTIB BAGI PERKHIDMATAN AWAM
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru dihadapan murid atau ibubapa atau membuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai seorang murid.
4.3 Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa mengawasi diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan.
4.5 Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
4.6 Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan ambil
inisiatif untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat,
adil, cekap dan saksama.
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N