Page 10 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 10
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
5. TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
5.2 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Seorang pegawai tidak
boleh :-
a. berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
b. berkelakuandengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam.
c. Kurang cekap atau kurang berusaha
d. Tidak jujur atau tidak amanah
f. Tidak bertanggungjawab
g. ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah dan
h. cuai dalam melaksanakan tugasnya
5.2 Seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seorang pegawai dianggap sebagai telah
melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :-
i. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-
tugas mereka.
ii. Cuba mewujudkan suasana yang tegang di pejabat (atau bilik guru) dengan melaga-lagakan
rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
iii. Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
iv. Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya kerana harta
tersebut bukan hartanya.
v. Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah
Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai-pegawai yang melanggar Peraturan
Pegawai Awam.
PIAGAM SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Desa Jaya berazam dan berusaha untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan ikhlas serta penuh tanggungjawab bagi
menjamin kesempurnaan kecemerlangan sekolah. Perkhidmatan yang sempurna
dilaksanakan melalui permuafakatan, keprihatinan dan berbudi bahasa serta
memahami kehendak pelanggan.
Di atas kesedaran ini, kami akan berusaha ke arah:
Melahirkan individu yang berkualiti, berketrampilan dan berakhlak mulia
Melahirkan individu yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum
Mewujudkan sekolah beridentiti, ceria dan berbudaya positif
Menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan masyarakat dan agensi
luar
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkualiti, berkesan
dan sesuai dengan sistem pendidikan masa kini
Memberikan perhatian yang khusus kepada program intervensi agar
semua individu dapat menguasai kemahiran asas 3M
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N