Page 8 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 8
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
HALA TUJU SEKOLAH
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya
kepada demokrasi. Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan masyarakat dapat membentuk anak mudanya memahami kebudayaan mereka
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mendapat kemajuan
sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang tinggi.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami dari hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi sosial, keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seorang murid di dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5 Menunjukkan satu cara berpakaian, peraturan dan tingkahlaku yang memberi contoh yang
baik kepada murid.
1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N