Page 3 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 3

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


            KATA ALUAN



                            Assalamualaikum wbt,
                            Guru-guru dan AKP yang dihormati sekalian,
                            Salam ukhwah dan Selamat Tahun Baru 2021,

                            Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya, barisan pentadbiran sekolah
                            telah diberi kekuatan sekali lagi bagi menerbitkan sebuah buku Manual Pengurusan Sekolah
                            bagi tahun 2021.

                            Dengan adanya buku ini dapatlah pihak pengurusan dan pentadbiran, guru-guru serta semua
            warga SKDJ menjadikan panduan dan landasan dalam menguruskan pentadbiran sekolah dengan lebih padu dan
            cemerlang pada tahun 2021. Walau bagaimana pun segala pembentukan organisasi , jawatankuasa, perancangan
            program dan aktiviti yang dinyatakan dalam buku ini adalah merupakan perancangan dan cadangan permulaan. Ia
            boleh diubahsuai, ditambah baik sebagaimana situasi atau keperluan Tahun 2021 itu sendiri. Adalah diharapkan
            semua  UNIT  dan  PANITIA  serta  jawatan  kuasa  yang  dibentuk  dapat  merancang  dan  seterusnya  melaksanakan
            program-program  yang  dirancang  dengan  baik  dan  berkesan  bagi  menepati  visi,  misi  dan  objektif  sekolah.
            Seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

            Besarlah  harapan saya agar semua  guru di SKDJ dapat menghayati sepenuhnya Manual Pengurusan Sekolah 2021
            agar  segala  perancangan  yang  dibuat  berjalan  dengan  baik  dan  lancar  sebagaimana  perancangan  dibuat.
            Tanggungjawab yang diamanahkan wajiblah dilaksanakan dengan penuh integriti. In shaa Allah, jika kita bersatu
            dan bekerja dalam satu pasukan dengan penuh keikhlasan bagi melaksanakan visi, misi  dan  objektif sekolah yang
            kita sayangi ini,  kita akan terus meraih kejayaan berterusan dari tahun ke tahun mendatang.
            Saya juga berharap segala kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun-tahun yang lepas dapat memberi suntikan
            semangat juang dan usaha yang tinggi serta kental untuk kita meraih sekali lagi kejayaan besar bagi tahun 2021
            ini, in shaa Allah. Semoga semua usaha yang kita curahkan semata-mata kerana Allah untuk kejayaan anak -anak
            didik kita, mudah-mudahan diberkhati oleh Allah SWT.
            Sebagai renungan warga SK Desa Jaya,  kita selami kata-kata daripada Imam Al Ghazali ini:
            Yang singkat itu waktu
            Yang menipu itu dunia
            Yang dekat itu kematian
            Yang besar itu hawa nafsu
            Yang berat itu amanah
            Yang sulit itu ikhlas
            Yang mudah itu berbuat dosa
            Yang susah itu sabar
            Yang sering lupa itu bersyukur
            Yang mendorong ke neraka itu lidah
            Yang berharga itu iman
            Yang mententeramkan hati itu teman sejati
            Yang ditunggu Allah SWT itu taubat.

            Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat Menjalankan Tugas Dengan Penuh Integriti
            Sekian, terima kasih.
            “Wawasan Penjana Warisan”
            Hjh. Zuraidah binti Abu Bakar

            Guru Besar
            Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
            26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,
            Pahang Darul Makmur.


                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   1   2   3   4   5   6   7   8