Page 106 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 106

Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas

                                         Guru    Disiplin   akan   mengumpulkan       rekod    kesalahan    dan
                                         seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.


                                       •   Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan HEM:


                                          Kedatangan penuh  -  2 kali setahun


                                         Sijil  Sifar  Ponteng   -  Kelas   yang   berjaya   mengekalkan   sifar
                                          ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti
                                          bersebab.


                                         Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir
                                          tahun.

                           e)     Pengurusan Perhimpunan

                                         Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu


                                        ( Isnin). Masa perhimpunan 30 minit untuk sekolah rendah, kemudian dimasukkan
                                         dalam jadual waktu induk dan kelas.

                                           Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan
                                         pengawas sekolah.


                                          Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau
                                         sakit.


                                          PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk
                                         memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak
                                         sebagai role model.


            11.0    DASAR KEBAJIKAN MURID



                 11.1     Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem Maklumat
                          Murid (SMM) yang sentiasa dikemaskini.
                 11.2      Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


                           a)     Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
                           pertama sesi baru persekolahan.

                           b)     Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24)

                           – 17Mac 2008).
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111