Page 107 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 107
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan
ditulis nama.
d) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
11.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a)Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama
iaitu:
Pembangunan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid
a) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh
didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
b) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
secara individu atau kelompok.
c) GBK harus membimbing murid bermasalah.
d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah
diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung / dibuang
sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan
laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
g) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari
persekolahan setahun.