Page 48 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 48

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


            PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM  N17)
            PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
            1.  SKIM PERKHIDMATAN
               Pembantu Pengurusan Murid

            2.  PERINGKAT ORGANISASI
               Kelas Akademik
            3.  RINGKASAN TUGAS
               Bertanggungjawab  menjalankan  tugas-tugas  membantu  guru  di  kelas-kelas  akademik  di  bawah  kelolaan
               Kementerian Pendidikan Malaysia.
            4.  SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

               4.1   Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
                     4.1.1  Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas:
                     4.1.2  Menguruskan murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian.

                     4.1.3  Membantu membersihkan murid seperti memandikannya.
                     4.1.4  Memastikan  kekotoran  yang  terdapat  dalam  kelas  seperti  muntah,  air  kencing,  najis,  dan
                          sebagainya yang perlu dibersihkan.
                     4.1.5  Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen  Pengajaran
                          dan Pembelajaran (P&P).
                          1.  Memastikan murid masuk ke kelas/stesen P & P.
                     4.1.6  Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah.
                          1.  Memastikan murid berada di kawasan sekolah.
                     4.1.7  Bertanggungjawab  menunggu  murid  yang  pulang  lewat  dan  memastikan  murid  keluar  dari
                          kawasan sekolah dalam keadaan selamat.
                     4.1.8  Mengawasi murid selepas tamat waktu persekolahan.

                     4.1.9  Membantu memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dengan selamat.
                     4.1.10 Memaklumkan kepada guru kelas sekiranya masih ada murid yang belum pulang.
                     4.1.11 Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu.

                          1.  Membawa dan membimbing murid cara menggunakan tandas dengan betul.
                          2.  Memastikan dan membimbing murid membersihkan diri dengan betul.
                     4.1.12 Mengawasi murid semasa perubahan P & P / sewaktu guru menghadiri taklimat/urusan rasmi.
                          1.  Ketika pertukaran guru, stesen dan kelas.

                          2.  Sebelum ketibaan guru.
                     4.1.13 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
                          1.  Membersihkan luka atau menyapukan ubat dengan panduan guru.
                     4.1.14 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.

                          1.  Membawa murid ke tempat perhimpunan.
                          2.  Membimbing murid mengikuti perhimpunan.
                          3.  Mengawasi tingkahlaku murid semasa perhimpunan berlangsung.








                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53