Page 3 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 3
Bengkel Pelan Pengurusan
Sesi bergambar bersama peserta bengkel.
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2021 – Bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya, satu Bengkel Pelan
Pengurusan anjuran Tower Pengurusan Kontraktor NIISe telah dilaksanakan pada 8 hingga 9
Oktober 2021. Bengkel ni diadakan bagi memantapkan dan menambah baik kandungan
pelan-pelan pengurusan yang akan dibangunkan dalam Projek NIISe.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel tersebut adalah sesi sumbang saran mengenai
perkara-perkara yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan kualiti pelan-pelan yang
berkenaan. Objektif pembangunan pelan-pelan pengurusan adalah sebagai dokumen rujukan dan
panduan kepada Pasukan Projek dalam memastikan pelaksanaan projek yang lebih
komprehensif.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Pasukan Independent Project Management (IPM), Pasukan Independent Verification & Validation
(IV&V) dan juga Pasukan Kontraktor NIISe.
Sekitar sesi Bengkel Pelan Pengurusan.
eNewsletter NIISe Edisi 03 01 Halaman