Page 4 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 4

Lawatan Kerja Pengurusan


                                                         Kementerian Dalam Negeri


                                                    (KDN) Bersama Stakeholders

                                                                                        Projek NIISe





          PUTRAJAYA, 13 Oktober 2021 – Satu sesi Lawatan Kerja Pengurusan Kementerian Dalam Negeri
          (KDN) telah diadakan pada 13 Oktober 2021 bersama  Stakeholders Projek Sistem Imigresen
          Bersepadu Nasional (NIISe) bagi melawat pejabat baharu Projek NIISe. Lawatan ini juga memberi
          peluang untuk sesi berkenalan dan ramah mesra bersama warga kerja Pasukan Kontraktor NIISe.
 Satu sesi Lawatan Kerja
 Pengurusan Kementerian   Sesi  lawatan  ini dihadiri  oleh  YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad  Dahlan bin  Haji  Abdul  Aziz, Ketua
 Dalam Negeri (KDN) telah   Setiausaha (KSU) KDN serta Pasukan Projek NIISe yang terdiri daripada Pasukan Petugas Khas
 diadakan pada 13 Oktober   (PPK) KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kontraktor NIISe.
 2021 bersama Stakeholders
 Projek Sistem Imigresen
 Bersepadu Nasional (NIISe)   Sesi bermula dengan lawatan KSU KDN ke Pejabat Pasukan Kontraktor NIISe di Aras 5 dan 6, Blok
 bagi melawat pejabat baharu   D7, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kemudiannya diteruskan dengan agenda
 Projek NIISe. Lawatan ini   mesyuarat  bagi mendapatkan perkembangan  terkini pembangunan  Projek  NIISe  secara terus
 juga memberi peluang untuk   daripada Pasukan Projek NIISe.
 berkenalan dan beramah
 mesra bersama warga kerja   Sesi mesyuarat dimulakan dengan perutusan YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul
 Pasukan Kontraktor NIISe.  Aziz selaku pengerusi  mesyuarat tersebut  dan diikuti dengan  pembentangan  status kemajuan
          projek oleh PPK KDN serta sesi perbincangan dua hala di antara kesemua ahli Pasukan Projek
          NIISe yang hadir.










































                                     Sesi lawatan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
                                          bersama Stakeholders Projek NIISe.



       02   Halaman                                                                    eNewsletter NIISe Edisi 03
   1   2   3   4   5   6   7   8   9