Page 16 - E-Book Buku Nutrisi Pemakanan
P. 16
01 KENYATAAN DASAR
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia beriltizam untuk
mencapai, meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.
Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan status pemakanan,
mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan
memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan. Ia juga menyokong dan
meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk
masyarakat. Dasar ini akan menyepadukan, menggembleng tenaga dan
menggerakkan strategi-strategi makanan dan pemakanan yang efektif
melibatkan pelbagai pemegang taruh yang merentasi semua sektor.
1 Dasar Pemakanan Kebangsaan
Malaysia 2.0