Page 20 - E-Book Buku Nutrisi Pemakanan
P. 20
Walau bagaimanapun, DPKM perlu disemak semula dan
diperkukuhkan selari dengan perubahan pesat corak pemakanan
dan peningkatan masalah beban berganda malpemakanan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang akan mempengaruhi
kesejahteraan pemakanan. Semakan dasar ini mengambilkira
komitmen dan strategi berkaitan pemakanan di peringkat
kebangsaan termasuklah Rancangan Lima Tahun Malaysia (RMK)
dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Ia turut
mengambilkira komitmen di peringkat global seperti Matlamat
Pembangunan Mampan, (SDG) 2015-2030, The Rome Declaration II
on Nutrition and Framework for Action dan Sasaran Pemakanan
Global (GNT) 2025.
Kepentingan pemakanan yang baik untuk keseluruhan status
kesihatan sememangnya telah diakui. Untuk mencapai dan
mengekalkan kesihatan yang baik, bekalan makanan yang
mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti perlu diperoleh.
Maklumat mengenai pilihan makanan yang sihat juga perlu
disampaikan kepada masyarakat. Ini memerlukan komitmen
dan usaha bersepadu daripada pelbagai sektor. Oleh itu, DPKM
menyediakan satu platform untuk penyelarasan antara sektor
bagi menggembleng tenaga ke arah mencapai tahap
pemakanan masyarakat yang optimum.
5 Dasar Pemakanan Kebangsaan
Malaysia 2.0