Page 129 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 129

Zamri pulih seperti biasa sediakala.                              tulang belakang. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama
                    Pada tahun 1995, Zamri memohon untuk                      kerana dikhuatiri mengalami kebas yang menyebabkan
            memasuki Pusat Pemulihan Orang Cacat Cheras di                    rasa tidak selesa untuk jangka masa yang lama.
            Kajang, Selangor. Di sana, beliau menjalani kehidupan
            baru yang lebih teratur bersama  rakan-rakan yang
            mempunyai nasib sepertinya. Mereka dibimbing dan
            diajar mengurus diri sendiri serta kemahiran-kemahiran
            yang boleh dikuasai oleh golongan ini termasuklah
            mempelajari tentang  komputer dan  membaiki radio
            televisyen. Di sini, beliau telah menemui dirinya yang
            sebenar. Pusat penjagaan di Cheras ini juga
            menganjurkan aktiviti sukan sebagai salah satu aktiviti
            sosial kepada golongan OKU bagi mengisi masa yang                   ˆ      ‰         Š     ‹         Œ
            terluang.                                                                                                       
                    Acara sukan merupakan acara tahunan pusat
            penjagaan kepada penghuninya namun pertandingan                          Pada  tahun berikutnya, Zamri  dan rakannya,
            ini terhad dek kekangan kewangan untuk membawa                    Azman berhajat untuk membeli sebuah motosikal
            individu yang berbakat ke peringkat yang lebih tinggi.            beroda tiga untuk ditunggangi bersama ke Melaka.
            Sebagai seorang yang aktif bersukan sebelum ini,                  Niat Zamri untuk berhijrah ke Melaka dan memulakan
            Zamri menyertai beberapa acara sukan terutamanya                  hidup baharu di sana bersama Azman. Kecacatannya
            yang melibatkan kerusi roda. Kemudahan dan                        itu tidak menjadi penghalang untuk beliau meneruskan
            penginapan sukan yang terhad menyebabkan aktiviti                 usaha untuk mencari rezeki di sana. Kerja pertama
            sukan yang dapat dilaksanakan juga terhad kepada                  yang dilakukannya ialah sebagai penjaga di tempat
            beberapa acara sahaja. Namun, pergerakan Zamri yang               letak  kereta  berbayar. Disebabkan beberapa  insiden
            terhad menyukarkannya melakukan aktiviti yang lasak               yang berlaku di tempat kerjanya, beliau menjadi tawar
            kerana dikhuatiri akan mengalami kecederaan pada                  hati untuk meneruskan tugasnya di situ.
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134