Page 124 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 124
Hasrat beliau untuk lima tahun akan datang ialah
melihat dunia ini berlaku adil terhadap golongan OKU.
Beliau juga berharap agar kerajaan dapat menyusun
kewangan dengan sebaik mungkin supaya tiada
seorang OKU yang akan ketinggalan dari semua aspek
penting kehidupan. Ramlah berharap agar jaminan
untuk kepentingan dan kesejahteraan golongan ini
berasaskan pendekatan hak OKU harus menjadi
keutamaan masyarakat juga. Hal ini demikian kerana
tidak mustahil mereka dapat mengharumkan nama dan
mencapai kejayaan yang tertinggi sebagai ahli
masyarakat.