Page 144 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 144

Melihat kepada bakat Azmi dalam bidang muzik,
                                                                              bapa saudaranya telah menghadiahkan  sebuah
                                                                              keyboard yang berharga RM3,000. Bermula detik itu,
                                                                              Azmi mula mendalami bidang muzik dengan lebih
                                                                              mendalam. Pada awalnya, penglibatan Azmi dalam
                                                                              bidang muzik adalah kerana paksaan daripada
                                                                              gurunya, namun lama-kelamaan beliau mula menyedari
                                                                              tentang  bakat yang  dimilikinya. Persekitaran  beliau
                                                                              juga memainkan peranan kerana Azmi dikelilingi oleh
                                                                              kawan-kawan       yang    meminati      muzik    dan     ini
                                                                              menambahkan lagi kecenderungan beliau untuk fokus
                                                                              dalam bidang nyanyian dan muzik.
                                                                                     Selepas menamatkan pengajian di Tingkatan 6
                                                                              di  St  John  Bukit  Nanas,  bapa  saudaranya  telah
                                                                              menghantar Azmi ke kelas muzik. Di sana beliau telah
                                                                              diajar bermain piano selama dua bulan secara lebih
                                                                              mendalam. Beliau juga sempat terlibat dalam
                                                                              beberapa buah persembahan. Masa dan ruang yang
                                                                              ada itulah digunakan  Azmi  untuk mendalami  kelas
                                                                              muzik. Semenjak daripada zaman persekolahan lagi,
                                                                              Azmi telah mempelajari banyak alat muzik dan yang
                                                                              paling diminati Azmi adalah bermain dram.
                                                                                     Pada sekitar tahun 2009, Azmi telah mengikuti
                                                                              kursus kemahiran dalam bidang refleksologi di Pusat
                               
                                             Latihan Gurney di bawah kelolaan Persatuan Orang
                                                                              Buta Malaysia (MAB) bertempat di Brickfields. Kursus
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149