Page 146 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 146
telah membuka mata ramai pihak dan selepas itu,
rezeki serta laluan seni kumpulan Caliph Buskers
semakin lancar. Peluang beraksi di pentas berprestij ini
diberi oleh komposer terkenal, Edry Ab. Halim yang
melihat potensi kumpulan Caliph Buskers untuk pergi
lebih jauh lagi dalam industri muzik di Malaysia.
Biarpun dirinya seorang OKU penglihatan, Azmi
dikurniakan suara yang cukup merdu, mantap dan
memukau hati para pendengarnya. Azmi
mengucapkan syukur semenjak bergelar artis, beliau
bukan sahaja dapat mengubah tanggapan masyarakat
terhadap OKU, malah menangkis stigma lama
terhadap penyanyi jalanan seperti mereka. Selain
daripada itu, Azmi seronok dapat mengembangkan
bakat nyanyian dan muzik ke ruang yang lebih besar.
Dahulu, Azmi hanya menyanyi di hadapan kelompok
peminat yang kecil. Apabila berada dalam industri,
kehidupannya banyak berubah seperti peluang bagi
beliau untuk membuktikan bahawa bakatnya mampu
pergi sejauh mungkin tanpa sebarang prejudis.
Kehidupan Azmi menjadi lebih berkualiti selepas
berjaya membuktikan bahawa golongan kurang upaya
sepertinya juga mampu berjaya.
Walau bagaimanapun, banyak cabaran yang
terpaksa beliau hadapi sepanjang bergelar artis.
Tambahan pula, apabila OKU menjadi artis, cabarannya