Page 174 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 174
Masyarakat di luar sana haruslah memberi
semangat dan dorongan kepada mereka untuk terus
hidup dan memajukan diri dalam pelbagai bidang.
Banyak kejayaan yang diperolehi oleh golongan OKU
ini yang mencatat nama di persada dunia dalam
bidang-bidang yang diminati oleh mereka. Akhir sekali,
setiap individu yang dikategorikan sebagai OKU pasti
ada keistimewaannya yang tersendiri yang perlu diasah
bakatnya seperti dirinya. Sentiasalah hidup berkasih
sayang sesama manusia dan bantu-membantu antara
satu sama lain. Tidak rugi jika berkongsi rezeki dengan
orang yang lebih memerlukannya.