Page 179 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 179
produk cecair pembasmi kuman dan pelitup muka
pada bulan Mac 2020. Hasil jualan pada bulan tersebut
sahaja mencecah RM15,000. Charge on Delivery
(COD), penghantaran barang dan membungkus
barang semua diuruskan oleh JaE bersama arwah
ibunya. Sekarang, anak autistik ini mampu berdikari
dalam menguruskan perniagaan cecair pembasmi
kuman seperti proses melabel, membungkus dan
menyusun stok bahan-bahan dengan baik.
Jualan HDR kian meningkat apabila bermula 1
Ogos 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup
muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam
yang sesak. Pada Julai 2020, HDR mampu membuka
sebuah kedai berhampiran dengan rumah abangnya.
Kedai yang dilengkapi pejabat ini meluaskan lagi
sasaran pasaran yang tidak hanya fokus kepada jualan
secara atas talian semata-mata sahaja.
Kini, sebahagian daripada pendapatan bulanan
JaE diperuntukkan untuk perlindungan bulanan takaful
dan perbelanjaan bulanan untuk dirinya. Beliau juga
berbelanja bagi kesihatan diri seperti membeli minyak
ikan, Vitamin C dan susu. Sementara itu, pengurusan
kewangan HDR dikendalikan oleh Hisham. Walaupun
anak kelahiran Kedah itu tidak pandai mengira dan
menguruskan wang, setiap bulan pasti dia akan
mengambil tahu kedudukan kewangan syarikatnya.