Page 226 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 226

Berkat usaha beliau, Bonnie meraih pingat emas dengan angkatan 228
                              kilogram pada angkatan ketiga dalam pertandingan Sukan Paralimpik Musim Panas
                              Tokyo 2020. Emas yang diperolehi adalah emas pertama buat Malaysia dan menjadi
                              pembakar semangat atlet paralimpik Malaysia yang lain. Bonnie kemudiannya
                              menjadi tular  di  media  sosial  dan menjadi  idola  kepada ramai OKU  di  luar  sana.
                              Bonnie memberikan semangat kepada OKU lain agar lebih berani untuk keluar,
                              mengasah bakat dan potensi masing-masing supaya mencapai cita-cita. Perkara ini
                              juga adalah harapan ayahnya yang dibawa bersama-samanya setiap ketika agar
                              menjadi pembakar semangat beliau dalam menggapai kejayaan. Hanya selepas
                              beberapa bulan pulang ke tanah air dari Sukan Paralimpik Tokyo, Bonnie terbang pula
                              ke Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Batumi, Georgia pada bulan November
                              2021. Bonnie melabuhkan tirai tahun 2021 dengan emas keempat bagi kategori 72
                              kilogram lelaki diikuti oleh atlet daripada China  dan Mesir. Dengan memenangi
                              pertandingan ini, beliau secara automatiknya layak untuk ke pertandingan Sukan
                              Paralimpik Musim Panas 2024 yang akan diadakan di Paris, Perancis.
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231