Page 231 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 231

Ibu sebagai inspirasi dalam setiap kejayaan yang
            dikecapinya. Sejak dari kecil ibunya selalu menyokong
            dan tidak berputus asa untuk memberi galakan agar
            beliau berjaya. Pengorbanan ibu sejak beliau kecil
            dalam menguruskan masa dan mengorbankan wang
            ringgit untuk menghantar beliau menjalani latihan
            yang bagus merupakan antara jasa yang tidak akan
                                 dilupakan. Jika  rakan-rakan  atau
                                 orang sekeliling bertanya mengenai
                                 tangannya, beliau akan menjawab
                                 tangan kanannya lemah berbanding
                                 tangan kiri. Kekurangan beliau tidak
                                 begitu ketara dan kejayaan dikecapi
                                 berjaya     menutup       kekurangan
                                 tersebut.  Ibunya  menjadi  penguat
                                 dan pembakar semangat setiap kali
                                 beliau berasa lemah.
                                         Mengimbau             kembali
                                 bagaimana beliau berjaya menjalani
                                 latihan dengan jurulatih badminton
                                 negara, Datuk  Rashid Sidek, beliau
                                 pada  mulanya  menyertai  Akademi
                                 Badminton Hanjin yang turut dilatih
                                 oleh wira negara tersebut. Beliau
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236