Page 232 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 232

menyatakan Datuk Rashid merupakan antara penyumbang
            penyumbang terbesar kepada kejayaan beliau. Sebagai
            jurulatih  profesional, Datuk  Rashid  turut  mengorbankan
            masa  bersama  keluarga  dan  tinggal  bersama  beliau  di
            tempat kuarantin selama beberapa bulan sebelum mereka
            berangkat ke Tokyo. Ia merupakan kenangan dan jasa yang
            tidak mungkin dilupakannya.


                 “Saya berjaya kerana beliau bersama saya dalam
               tempoh-tempoh penting untuk negara.” - Cheah Liek
                                        Hou


                    Menurutnya, prestasi beliau semakin meningkat dan
            berada pada tahap memuaskan sejak berlatih bersama
            Datuk Rashid. Majlis  Sukan  Negara  (MSN) melihat
            peningkatan dalam setiap perlawanan yang disertainya.
            Sebelum berangkat ke Sukan Paralimpik, beliau hampir
            berputus asa kerana mengalami kecederaan lutut yang
            teruk sehingga menyebabkan kedudukannya jatuh dan
            diberikan amaran oleh MSN akibat prestasi yang kurang
            memberangsangkan. Berbekalkan semangat  yang kental,
            beliau memulakan latihan sepenuh masa di bawah kendalian
            Datuk Rashid. Beliau juga mempunyai sasaran untuk berdiri
            di atas podium di Tokyo tanpa mengira warna pingat                                 …
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237