Page 234 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 234
“Elakkan hanya melihat kekurangan diri dan jangan mengalah.” - Cheah Liek Hou
Prinsip ini menjadikan beliau seorang yang positif dan tidak terlalu memikirkan
kekurangan yang dialami. Baginya, meratapi kekurangan diri akan membuatkan kita
lupa tentang kelebihan yang ada. Beliau sempat menitipkan nasihat kepada ibu bapa
yang mempunyai anak kurang upaya di luar sana agar tidak malu dengan
menyembunyikan anak mereka di rumah. OKU perlu mencuba perkara yang mereka
minati dan menjadi kreatif. Apabila golongan OKU berjaya menonjol dalam
masyarakat, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat dan keyakinan golongan
ini. Tambah Cheah lagi, beliau berharap agar golongan OKU tidak mudah berputus
asa dan mencuba apa sahaja bidang yang difikirkan sesuai. Dengan kelayakan dan
minat, timba sebanyak mungkin pengalaman dan ambil peluang yang diberikan.