Page 281 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 281
khas’ yang bersesuaian dengan keadaan kaki Nabil.
Ibunya telah mengambil inisiatif sendiri untuk Nabil
memakainya selama 24 jam, termasuk pada waktu tidur
bagi memastikan tulang kakinya terbentuk dengan lebih
baik. Nabil hanya menanggalkan kasut tersebut ketika
mandi sahaja. Hasil dari pemakaian kasut khas itu dan
bantuan dari fisioterapi serta urutan saraf, sedikit demi
sedikit Nabil berjaya meletakkan tapak kakinya ketika
berjalan dan tidak lagi berjengket.
Selain itu, setiap minggu Nabil akan menjadi
model untuk pelajar praktikal menjalankan latihan
fisioterapi di Hospital Ipoh. Setiap dua minggu beliau
juga akan menjalani latihan di Yayasan Sultan Idris.
Antara latihan yang dijalankan adalah terapi pertuturan,
sensory tangan dan fisio pada kaki Nabil. Selain itu, Nabil
juga menjalani latihan berkuda untuk sarafnya terutama
pada tengkuk, tangan dan kaki.
Keluarga Nabil sememangnya aktif bersukan. Oleh
itu, naluri kesukanan tersebut telah sebati ke dalam diri
Nabil walaupun beliau tidak seperti kanak-kanak yang
lain. Sejak berada di Tahun Satu di Sekolah Rendah
Tambun lagi beliau sudah mula aktif menyertai pelbagai
aktiviti di sekolah terutamanya sukan balapan. Walaupun
Nabil mempunyai masalah pembelajaran, para guru
memuji tahap pendidikan Nabil yang sudah boleh
membaca dan mengira seawal enam tahun berbanding