Page 58 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 58
Beliau memfokuskan tenaga dan buah fikiran
untuk pembangunan insan bagi komuniti buta dengan
mempromosikan penggunaan teknologi-teknologi
baharu yang mesra OKU penglihatan. Beliau juga
banyak bekerjasama dengan pihak universiti tempatan
untuk membuat kajian kesejahteraan OKU dan
kelangsungan hidup mereka. Yang paling penting
baginya adalah untuk mempromosikan bahan bacaan
kepada masyarakat agar ia menjadi sebuah norma
baharu justeru menyelesaikan masalah akses kepada
bahan bacaan Braille bagi orang buta. Harapan Dr.
Shamsuri agar OKU penglihatan dapat bersama-sama
menjalani kehidupan dan mengejar cita-cita mereka
seperti orang lain agar kelangsungan hidup mereka
terjamin.
Beliau menyertai persatuan-persatuan ini
dengan misi untuk memberikan perkhidmatan terbaik
kepada masyarakat terutamanya kepada komuniti OKU
penglihatan agar mereka dapat mencari jalan keluar
daripada kesesakan hidup. Bagi Dr. Shamsuri, setelah
mendapat peluang melanjutkan pelajarannya,
menjadikan beliau ingin sentiasa memberi sokongan
dan dorongan kepada komuniti buta agar mereka juga
tidak ketinggalan.