Page 135 - Jauhari Pantun
P. 135
613 Sungguh enak buah Melaka,
Buat hidangan bersama ulaman;
31 Ogos kita merdeka,
Hasil perjuangan Tunku Abdul Rahman.
614 Hujung desa tumbuh lemuni,
Dijual sekati di sungai ulu;
Berkat usaha perjuangan harmoni,
Bersatu hati rakyat dahulu.
615 Berjual ubi di Lembah Keramat,
Kembali ke Linggi membeli suasa;
Rosli Dhoby berani teramat,
Semangat tinggi penuh perkasa.
616 Cantik atap rumah di Malaysia,
Tempat rehat pelancong terkini;
Usaha Rentap tidak sia-sia,
Penjajah bersubahat tiada berani.
617 Melangkah jejaka tuju ke laman,
Kaki bersilang tampilnya gah;
Malaysia merdeka negara aman,
Terus gemilang pejuang gagah.
618 Dipakai ibu selendang biru,
Kain disarung tuju ke balairung;
Berdiri kubu halangan seteru,
Nyawa ditarung setia dihurung.
119