Page 131 - Jauhari Pantun
P. 131
589 Tumbuh bersulur longan berbuah,
Ranum melata di rumah rang kaya;
Pelbagai tutur di bumi bertuah,
Tanda kita kaya budaya.
590 Pohon rebah menimpa jejawi,
Dibuat tamu gubah hiasan;
Sarawak indah ibu pertiwi,
Kujaga daulatmu menjunjung warisan.
591 Riuh berkicau di pohon sena,
Kenari selat hinggapnya satu;
Dayak, Melanau, Melayu dan Cina,
Walaunya empat hatinya satu.
592 Susun kemas permata bertaut,
Susun berpaku hias bersilang;
Biar emas di seberang laut,
Bumi lahirku tetap kukenang.
593 Kacang tanah jadikan kuah,
Sate ummi jadi penyeri;
Subur tanah Sarawak bertuah,
Hasil bumi tiada terperi.
594 Pucuk rebung enak rasanya,
Bekal pemuda pergi ziarah;
Gunung Santubong di Kuching letaknya,
Kisah legenda mencatat sejarah .
115